Pertama kali anda ingin melawat Kelantan? Meh saya cerita sikit apa yang ada di Kelantan. Saya yakin, anda mesti tidak menyesal melawat Kelantan. Untuk pertamanya Kelantan peniaga warung dan restaurant di Kelantan memang tidak kedekut gula, walaupun gula mahal. Haha. Dan senyuman dan leteran dari bibir-bibir orang Kelantan, pun tidak kedekut dengan gula. Sentiasa manis dan loghat orang Kelantan memang unik dan seronok di dengar. Bak kata orang loghat Kelantan adalah International Language. Orang Arab dan UK pun boleh cakap Kelantan.

Jadi, hari ini saya ingin bawak anda lihat apa tempat menarik yang ada di Kelantan yang sering menjadi tempat pilihan pelancong.

Destinasi tempat menarik di Kelantan untuk shopping.

1. Pasar Siti Khadijah - Destinasi pasar basah dan kering yang menjanjikan produk-produk menarik untuk dibeli sebagai ole-ole. Antara kategori menarik untuk diterjah disini ialah pakaian wanita, alatan solat, barang karangkraft, makanan tradisional Kelantan, perkakas barang hantaran dan juga unik dilihat gelagat-gelagat peniaga disini tawar menawar yang rata-ratanya adalah dari golongan wanita.

2. Wakaf Che Yeh - Boleh dikatakan tempat menarik di Kelantan pada waktu malam yang paling "happening" di Kota Bharu untuk di kunjungi. Pengunjung boleh membeli jersey, tudung, pakaian wanita, buah-buahan dan juga boleh merasa makanan-makanan orang Kelantan. Senang cerita macam uptown dan pasar malam yang sangat besar.

3. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang - Dua tempat yang tidak kurang dari Langkawi dan Padang Besar. Mula di buka 10 pagi hingga petang. Barang seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, jersey, handbag, pakaian wanita, dan juga terdapat gerai yang menyediakan makanan-makanan kegemaran orang Kelantan dan Thailand. Tetapi Rantau Panjang lebih besar dari Pengkalan Kubor dan mempunyai banyak lebih pilihan.

4. Bazar Buloh Kubu - Bazar yang menpatkan khususnya peniaga batik dan karangkraft negeri Kelantan.

5. Shopping Mall - Terdapat banyak shopping mall di Kelantan, antarnya KB Mall, Aeon, Tesco, Billion yang menyediakan barangan berjenama. Sesuai bagi yang ingin mencari barang berjenama.

6. Bazar Tok Guru - Merupakan syurga borong. Selalu disinilah peniaga-peniaga mendapatkan stock jualan. Terdapat kain ela, pakaian wanita, telekung solat dan pelbagai barangan keperluan.

Tarikan Pantai di Kelantan - pantai di Kelantan ni sesuai untuk santai-santai dan tidak sesuai untuk mandi kerana keadaan ombaknya dan dasar pantainya.



1. Pantai Cahaya Bulan (PCB) - Di sepanjang persisiran pantai PCB terdapat pelbagai makanan-makanan santai dan masakan panas disediakan. Sesuai untuk yang datang menghirup udara segar pada waktu petang dan bermain layang-layang. Tidak kurang juga pada waktu malam terdapat juadah ikan bakar yang sesuai untuk makan malam.

2. Pantai Irama - Terletak di Bachok dan tidak jauh dari KB hanya 30minit dan sangat sesuai untuk bersantai pada waktu petang kerana pantainya yang lapang dan cantik.

3. Pantai Tok Bali - Disini anda boleh melihat suasana perkampungan yang menjadi tempat pendaratan ikan dari laut. Juga menjadi lokasi kegemaran pemancing terutamanya di sekitar jambatannya yang sangat tinggi.

Air-Terjun dan Alam Semulajadi - sewaktu saya kecil dahulu, disinilah tempat aktiviti hujung minggu saya bersama keluarga.



1. Jeram Linang - Air terjun yang sangat popular yang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang, Kelantan. Disediakan juga kemudahan buat seisi keluarga seperti chalet, tapak perkhemahan, gerai, dan surau.

2. Jeram Pasu - Terletak di Padang Kampung Pak Amat.Terdapat kolam buatan dan sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.

3. Air Terjun Jelawang - Terletak di Gunung Stong, Air Terjun Jelawang merupakan air terjun bertingkat yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

4. Lata Rek - Terletak di sekitar Kg. Laloh dalam 30km dari bandar utama Kuala Krai, Kelantan dan lokasi air terjun ini sesuai untuk pengunjung yang ingin bermandi-manda bersama keluarga dan anak-anak. Kedalaman air di sini juga cetek dan airnya yang sejuk dan bersih membuatkan Lata Rek sering dikunjungi pengunjung setempat terutamanya di hujung minggu (Jumaat).

5. Lata Beringin - Air terjun Lata Beringin memang sangat cantik dengan pemandangan air terjun yang bertingkat dan kawasan tadahannya di bawah yang lapang tidak berbatu yang sesuai untuk mandi dan berenang bagi dewasa. Namun lokasinya agak terpencil di Sungai Pas, Kuala Krai dan memerlukan melalui jalan yang agak mencabar untuk sampai ke sini. Bagi orang muda yang ingin berkhemah dengan suasana air terjun yang masih asli keindahannya, sangat dicadangkan untuk ke sini.

6. Lata Hujan - Air Terjun Lata Hujan di Tanah Merah yang terletak dalam Hutan Simpan Ulu Kusial ini sesuai untuk dikunjungi untuk aktiviti mandi manda dan rekreasi bersama keluarga. Air sungainya bersih dan kemudahan seperti surau, tandas, pondok rehat dan tapak perkhemahan juga disediakan.

7. Gunung Ayam - Salah satu tempat menarik di Kelantan yang sangat popular untuk mereka yang sukakan aktiviti mendaki gunung dan jungle trekking.

8. Gunung Stong - Selain popular dengan beberapa air terjun yang ada di sini, Gunung Stong juga boleh dikatakan gunung yang paling popular di Kelantan untuk para pendaki. Kemudahan track untuk pendaki disediakan termasuk tapak perkhemahan di atasnya (Kem Baha).

9. Tasik Pergau - Tasik buatan manusia yang terbina hasil Empangan Pergau ini memang sangat popular di kalangan kaki pancing kelah dan juga mereka yang sukakan percutian di kelilingi alam semulajadi yang masih asli dan terjaga.

10. Kolam Air Panas Tok Bok - Destinasi yang sangat popular di Machang bagi mereka yang ingin merasai kolam air panas semulajadi. Terletak di Kg Rengas Labok dan jarak dari bandar utama di Machang lebih kurang 20 km.

11. Taman Kelip Kelip - Bagi yang ingin melihat keindahan kelip-kelip pada waktu malam, bolehlah ke taman ini yang terletak di Kg Pulau di Kubang Kerian. Kebiasaannya pengunjung akan ke sini dan menyusuri sungai selepas pukul 8 mlm dan sebelum pukul 11 mlm.

Makanan yang popular di Kelantan

Kota Bharu adalah sebuah daerah atau jajahan yang kaya dengan masakan-masakan Kelantan terutamanya nasi kerabu yang merupakan simbol kemegahan negeri Kelantan. Entri kami kali ini adalah berkenaan tempat makan sedap di Kelantan, sedikit perkongsian tentang tempat-tempat makan best di Kota Bharu.

1. Damia cafe Kota Bharu - Anda mahu makan sampai pengsan? Anda mahu makanan yang sangat murah? Anda mahu makan pelbagai jenis “steamboat grill”? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengisi ruang-ruang kosong di Damia Cafe yang terletak di Kota Salor, Kota Bharu.


Damia Cafe merupakan salah satu tempat makan best di Kota Bharu yang menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya.

Kaedah hidangan secara buffet yang diterapkan di sini membolehkan anda makan sehingga kenyang, bak pepatah orang Kelantan “make sapa so’oh, tak kenyang jangan balik”

2. Chicken Grill MiB - Kesedapan makanan yang berasaskan “grill” terletak pada sosnya. JIka sedap sosnya, maka sedapnya makanan “grill” tersebut. Anda boleh dapatkan sos yang sedap di Chicken Grill MiB yang terletak di Kedai Buloh, Kota Bharu.


Kebanyakan pengunjung yang pernah datang ke sini akan meminta sos yang lebih kerana sos lada hitamnya yang dibuat sendiri memang lain dari yang lain. Sos lada hitamnya telah menjadi resepi rahsia zaman-berzaman.

Bagi penggemar kambing bakar, di sinilah tempat yang paling tepat untuk anda menghayati keenakkan daging kambing yang dibakar dengan empuk. Restoran yang bermotokan “kepuasan anda merupakan keutamaan kami” ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti “lamborjiji grill”, “chicken grill burger”, “chicken grill chicken chop” dan bebola daging dengan keju meleleh.

3. Restoran Nasi Ulam Cikgu - Bagi anda yang sudah biasa tinggal di kampung-kampung, ulam-ulaman pasti menjadi salah satu makanan utama anda. Kalau tiada ulam, boleh hilang selera makan anda. Namun begitu, anda tidak perlu risau jika berkunjung ke Kota Bharu kerana di Restoran Nasi Ulam Cikgu anda dapat rasa pelbagai jenis ulam-ulaman yang dimakan bersama nasi, kuah singgang dan budu.


Restoran Ulam Cikgu terletak di Kampung Kraftangan, Kota Bharu dan ianya mempunyai dua cawangan di Kota Bharu iaitu Taman Orkid Pengkalan Chepa dan RTC Tunjung. Apa yang menarik lagi ialah, restoran ini juga menawarkan khidmat penghantaran ke rumah iaitu untuk pelanggan yang tinggal di kawasan bandar Kota Bharu, Tunjong, Wakaf Che Yeh, Pasir Hor, Kubang Kerian, dan Bunut Payong.

4. Iska Coffee & Cake Centre - Setiap orang mesti teringin rasa sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi jika makanan itu nampak menarik dan menyelerakan. Anda pernah dengan “maggi tomyam sotong”? Bagi yang tinggal di Kelantan mungkin sudah biasa dengar dengan maggi ini, tetapi bagi yang tinggal di luar Kelantan pasti ini sesuatu yang baru.



Maggi tomyam sotong yang anda boleh dapati di Restoran Iska Coffee & Cake Centre ini akan memberikan kepuasan yang maksima kerana sotongnya yang besar-besar, maggi yang kenyal dan kuah tomyam yang enak. Iska Coffee & Cake Centre juga menyediakan nasi kerabu goreng dengan lauk sotong, udang dan fillet ikan.

Di antara makanan lain yang ada di sini ialah makanan barat, burger dan laksa Penang. Iska Coffee & Cake Centre dibuka mulai pukul 4.00 petang sehingga pukul 1.00 pagi.

5. Mak Su Nab Nasi Air - Anda mesti biasa dengar moi sup tetapi adakah pernah dengar nasi air? Moi sup dan nasi air adalah makanan yang sama, cuma di Kelantan ianya dipanggil nasi air. Kalau anda ingin elak tercekik ketika makan, nasi air sangat sesuai untuk dijadiakan juadah tidak kira pagi,tengah hari atau malam.

Di Kota Bharu, tempat paling terkenal dengan nasi air ialah Restoran Mak Su Nab Nasi Air. Restoran yang terletak di Berek 12, Kota Bharu ini menyediakan ramuan yang terbaik ketika menghasilkan nasi air seperti, antaranya ialah kuahnya yang mempunyai rasa ayam yang sedap, kuah yang sentiasa panas, ayam yang dicarik-carik halus dan bau daun bawang yang sangat menyengat sehingga menusuk ke hidung.

Restoran ini juga mempunyai nasi ayam yang juga menjadi pilihan orang ramai sebagai juadah di tengah hari.

6. Nasi Kak Wok Lundang - Anda mesti tertanya-tanya siapa itu Kak Wok? Kenapa nasi Kak Wok ini popular? Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di negeri “Red Warrior” pasti menghujahkan soalan-soalan sebegini. Restoran Nasi Kak Wok ini terletak di Jalan Masjid Lundang, Kota Bharu.

Bukan sahaja terkenal sebagai tempat makan best di Kota Bharu, malahan seluruh negara. Restoran Nasi Kak Wok merupakan sebuah restoran yang menghidangkan nasi berlauk ayam goreng atau gulai ayam.

Ianya nampak seperti nasi ayam goreng berempah yang selalu dijual di mana-mana tetapi yang istimewanya nasi Kak Wok ini ialah rasa ayam goreng berempahnya yang sangat sedap dan rasa gulainya yang ditambah sambal yang mempunyai rasa yang tersendiri.

Apa yang menariknya lagi di sini ialah waktu beroperasi yang sangat memudahkan orang-orang yang bekerja kerana ianya dibuka pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

7. Warung Pak Mat Pulau Pisang - Nama warung ini tidaklah menarik dan nampak macam warung biasa sahaja, tetapi bak kata orang putih, “don’t judge a book by its cover”. Ini kerana Warung Pak Mat Pulau Pisang ini terkenal dengan sup kepala ikannya. Nampak menarik bukan? Sup kepala ikan memang jarang dijumpai di mana-mana kedai kerana selalunya kari kepala ikan yang biasa didengari.



Selain sup kepala ikan, di sini ada juga sup bahagian-bahagian ikan yang lain yang murah sedikit berbanding sup kepala ikan. Bukan sahaja sup kepala ikan yang menjadi tarikan di sini malah teh tarik madu juga menjadi pilihan pengunjung di sini.

8. Restoran By T Laksam - Kalau di Johor ada laksa Johor, kalau di Pulau Pinang ada laksa Penang dan begitu juga Kelantan ada laksanya tetapi dikenali sebagai laksam. Di Kota Bharu, anda boleh dapatkan laksam yang terbaik di Restoran By T Laksam yang terletak di Kampung Panji, Kota Bharu. Restoran By T Laksam yang telah dibuka sejak 16 tahun yang lepas ini mempunyai satu menu istimewa iaitu “Laksam Special”.

Apa yang istimewanya menu ini? “Laksam Special” Ini berbeza sedikit dengan laksam biasa kerana ada tambahan bahan-bahan penyedap iaitu telur puyuh dan serunding. Walau bagaimanapun, sedap ke tidak laksam itu bukan terletak pada telur puyuh atau serunding tetapi kekuatan laksam terletak pada kuahnya.

9. Restoran Ikan Bakar Kukup - Kalau dilihat pada namanya memang sebuah restoran ikan bakar tetapi Restoran Ikan Bakar Kukup ini juga menyediakan pelbagai makanan lain seperti nasi ulam, nasi ayam, pulut pauh dan air batu campur.

Restoran ini juga menjual pelbagai makanan laut seperti ketam dan udang, ada juga masakan panas dan makanan barat. Dengan kepelbagaian makanan yang ada, restoran ini dapat menarik ramai pengunjung datang ke sini.

Restoran ini dibuka di sebelah pagi pada pukul 10.30 pagi hingga 4.00 petang dan di sebelah malam pada pukul 4.30 petang hingga 2.30 pagi.

10. Lido Corner (Nasi Sup Ayam Bakar) - Nasi yang dituang sup dan dimakan bersama ayam bakar pasti saangat menyelerakan. Anda boleh dapatkan nasi sup ayam bakar ini di Lido Corner yang terletak betul-betul di dalam pekan Kota Bharu.

Bukan sahaja nasi sup ini dimakan bersama ayam bakar, nasi sup ini juga enak jika dimakan bersama daging bakar, kambing bakar, telur masin dan sayur taugeh. Lido Corner ini selalunya menerima pelanggan yang ramai di waktu tengah hari.

Tunggu Apa lagi, Jom Ke Kelantan dan Singgah Tempat Makan Best di Kota Bharu

Kesimpulannya, jika hendak makanan yang sedap-sedap dan ke tempat yang menarik, anda kenalah rajin untuk mengembara mencari makanan dan mengeksplore di seluruh negeri di Malaysia khususnya di Kota Bharu, Kelantan. Orang kata luas pemandangan maka luas pengalamannya, begitu juga dengan semakin banyak anda berjalan semakin banyak tempat dan makanan yang anda dapat ketahui dan rasa.