Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pernah dengar Roti Paung Che' Wan? Dimana asal roti ini adalah dari Terengganu.
Tak dinafikan roti paung ini menjadi kegilaan orang ramai kerana ianya sejenis roti bun kecil kosong tanpa inti yang dimasak dalam loyang dan enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dalam kopi atau teh ‘O’ panas.
Jadi, apa bezanya roti paung Che' Wan dengan roti yang lain? Apa yang membezakan roti paung Che Wan dengan yang lain adalah dari segi teksturnya lebih lembut, rasa yang padat dan enak dimakan ketika masih panas.
Saya boleh katakan adalah roti paung adalah roti paling lembut di dunia dan bila roti ni masuk ke mulut kita terus hati kita pun jadi lembut. Chewah!
Jadi hari ni saya nak berkongsi satu berita baik buat anda semua. ROTI PAUNG CHE' WAN kini telah berada di Kelantan!
So, tak perlulah lagi lepas ni nak beratur panjang-panjang di Terengganu, anda boleh dapatinya di Kelantan. Oh ya, roti paung di Kelantan ini diusahakan oleh sahabat saya. Memang baik dan soleh orangnya.
Lihat gambarnya sahaja sudah mampu membuat air liur meleleh. Lagi-lagi sekarang musim sejuk! Okay lah nak cari roti paung la macam ni disebabkan bercerita pasal roti paung ni.
Selamat Mencuba!
1 Comments
Aslmkm. Dekat area mana ye? Sebab waze Roti Paung Che Wan Kelantan xjumpa pun...
ReplyDelete